Bacalah dengan nama tuhan

welcome

Monday, June 20, 2011

Bicara tentang mesir 2

Assalamualaikum kepada semua rakan - rakan, junior, senior dan paling penting pembaca kepada blog ini. Masa berlalu tanpa berhenti walau sesaat. Begitulah qada dan qadar yang telah ditetapkan di luhmanfuz. Kita sebagai perancang hanya Allah yang menentukan ibarat robot dengan penciptanya. Pencipta tahu kesemuanya apa yang berlaku terhadap robotnya itu. Terlihat di situ kebatasan manusia hanya mampu apa yang diusahakan. Berbanding dengan Allah umpama engineer kepada manusia. 

 Sekarang kita beralih kepada kesinambungan perihal Bicara Tentang Mesir 2. Bila sebut mesir mesti akan terbayang Piramid. Piramid antara benda bersejarah yang paling terkenal di mesir. Kalau tengak filem Ayat - ayat cinta mesti pernah tengok. Dukacita maklumkan kepada semua pembaca sebabnya gambar untuk piramid tidak ada. Tempat kediaman (tanta) jauh dari tempat piramid. 2 jam-3 jam perjalan ke sana. Jika datangnya musim sejuk, jauh lebih sejuk dari apa yang digambar. Kalau pembaca mahu merasa datanglah ke mesir. InsyaAllah ada tour guide. 

 Selepas ini insyaAllah akan saya sertakan beberapa gambar untuk para pembaca. Dengan itu juga saya boleh sertakan perihal tentang mesir yang masih belum dinyatakan artikel sebelum ini. Artikel ini lebih kepada pelajar - pelajar malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke mesir. insyaAllah dengan kekuatan yang ada saya akan masukkan adegan - adegan yang cukup menarik kepada para pembaca insyaAllah 

 Adegan ayat - ayat cinta metro ^_^ 
  
Bila tengok gambar di atas anda tahu (siapa tengok ayat  ayat cinta tahu) atas in merupakan tempat filem ayat - ayat cinta belakon. ^_^ Best juga sebenarnya. Ok. Metro ini menghubungakan beberapa stesen dari beberapa tempat. Sebagai contoh, first station kalau dari Tanta adalah Muasasah ataupun orang arab panggil Mos 'mim,sot''. Tambang hanya 5 genih/pound (le) sahaja. Selepas itu naik metro seperti gambarajah di atas dengan tambang dikenakan hanya 1 le seorang. Selepas ini bolehlah pergi tempat lain ataupun berhenti suatu tempat seperti  Al shuhada, El Dokki atau Attaba. 

Bila habis berbicara tentang itu kita cerita pula mengenai di cairo pula. Di Cairo atau ibu kota Mesir merupakan tempat yang agak luas, besar, traffic jem, panas (kalau musim panas) dan terkenal. Bukan itu sahaja yang paling special bagi orang malaysia adalah BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri). Jika baca berita sebelum ini di Tv mahupun surat akbar, ada disebut pasal BKAN anak - anak negeri seperti Sabah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan negeri lain. BKAN -  BKAN ini selalu berjumpa kepada adik - adik baru yang baru mendaftar sebagai pelajar. Isi borang BKAN dan insyaAllah mereka juga membantu kalian jika mempunyai masalah - masalah seperti masalah kebajikan. 

 Cuba teka hehe ^_^ 

 Jika kita cakap mengenai makanan memang cukup banyak lah sebagaimana juga saya nyatakan sebelum ini. Jika kita tengok gambar di atas, anda rasa ini apa? Memang sah ini adalah arnab. What!!?? Makan arnab?? Mesti ramai yang terkejut sebab di mesir orang - orang arab suka juga makan daging arab. Hasil daripada penyiasat saya tanya salah seorang yang pernah makan daging ini. (orang malaysia) 

''Asalamualaikum'' ucap aziz yang hanya terbayang - bayang soalan yang diajukan
 ''waalaikummusasalam w.bt'' ucap Si A.. 
 ''Saya nak soal sikit pasal daging arnab ini, saya dengar macam sedap betul ke'' soal acu tak acu 
 ' ha daging arnab cukup sedap dan rasa lebih manis, kalau nak sekali mesti nak lagi'' ucap Si A sambil tersenyum 
 '' Macam mana pula daging arnab??'' soal kali ke 2 oleh saya dan rasa seperti terliur akibat pengakuan  si A. 
 ''Daging dia lembut, daging arnab tu tak lah keras tapi lembut. sedapppp!! '' jawab si A seperti mahu lagi.  
 ''Hari itu, kamu masak guna bahan apa?'' soal aziz lagi. 
 ''Masak kunyit, Kita goreng daging arnab itu, memang cukup sedap, kalau dekat malaysia masak satay'' 
 ''owh ok ok rasa pun nak try juga tapi ada ahli bait tak nak makan hehe syukran tuh'' ucap aziz. 
 ''Okey terima kasih juga tu. Selamat tuh'' jawab si A. 

 Hasil dari pemerhatian daging arnab memang cukup sedap. Tambahan lagi jika beli yang hidup - hidup pun boleh. Terpulanglah selepas itu mahu disembelih ataupun tidak. Kepada adik - adik yang bakal datang ke sini selamat mencuba! ^_^ 

 Buah anggur!! 

Ok, jika buah - buahan pula saya mahu tambah sikit, kita di malaysia cukup susah dan cukup mahal jika adanya anggur di malaysia. tidak sama di mesir, terkenal juga dengan ladang anggur. Jika orang di Tanta cukup beruntung kerana di sini kita boleh malawat ladang anggur yang dipanggil sebagai Taman Doktor Hamudah. Ya Taman Dr Hamudah kerana tuan punya taman ini adalah sorang doktor. Wow Alhamdulillah. Kawasan yang cukup luas dan hijau sekeliling. So kepada adik - adik yang datang ke sini nanti insyaAllah boleh lah ambil peluang ini. 
 Cantikkan subhanallah.. anggur! 
 bukan anggur sahaja, buah apple pun!! 

 Begitulah keistimewaan yang ada di Taman Doktor Hamudah. Memang bersyukur kepada Allah kerana mentakdirkan menetap di bumi Tanta ini alhamdulillah. Ini bukan mahu bodek adik - adik datang ke Tanta ya. Banyak lagi tempat lain. ^_^ insyaAllah. 

 Comel - comel tapi sayang dijadikan makanan ^_^ 
  Ini salah satu jenis kucing di mesir! 

 Bila kita tanya pula pasal kucing lain sikit. Kalau kita tengok gambar di atas, cuku comel dan comel. Pertama kali datang ke mesir kami sebenarnya tidak tahu pun kucing mesir ini banyak kucing macam begini. Alhamdulillah cukup hati gembira bila bawa bermain ^_^. Kepada saudara - saudari yang dihormati sekalian. Ramai yang bertanya juga macam mana mahu bawa balik kucing - kucing ini bawa balik ke malaysia. Banyak cara cuma satu cara ini akan saya ceritakan ^_^ 


Hari itu saya bertanya kepada kawan orang sabah kerana dia pernah menghantar kucing ke malaysia. Dia jelaskan kepada saya 

 '' Aziz kalau kamu nak hantar kucing - kucing macam ini pertama sekali dapatkan surat jabatan haiwan di malaysia dengan surat. Surat ini menyatakan mengenai import binatang. Selepas itu dapatkan surat pula di MESIR. Surat ini pula sebut pasal export binatang ke tempat lain ataupun malaysia.'' ucap kawan sabah itu tadi. 

''ooooooooooooooo'' aziz sebut menandakan faham ^_^ hehe.. 
 kurma - kurma!!
Bila sebut pasal kurma memang tidak asing lagi kerana cukup banyak dan berlambak di mesir dan di antara pengeluaran kurma yang terbanyak. Kurma di sini boleh dibeli di kedai ataupun di pasar. Kalo di kedai jual macam di atas. Tetapi kalau kurma di pasar, pak arab akan timbang berdasarkan kilo. Sebagai contoh 1 kilo =  5 le. Alhamdulillah Kurma juga merupakan antara buah yang palin sesuai untuk memberi tenaga kepada otak kerana mempunyai kompaun seperti glucose dan zat besi yang cukup tinngi. Dan sesuai sekali untuk pembelajaran! ^_^. 

 Kurma di mesir bukan sahaja kurma biasa tetapi telah diubah suai yang berantikan pelbagai perasa seperti kurma coklat, kurma badam, kurma gajus dan juga kurma almond!. So jika adik - adik berpeluang datang ke sini bolehlah datang beli!! cukp lazat bertenaga dan berkhasiat! insyaAllah dijamin baik punya ^_ ~..

Setakat itu sahaja yang boleh saya sampaikan. InsyaAllah saya boleh berpeluang menajawab sebarang soalan mengenai mesir walaupun tidak setahu kesemuanya terutama adik - adik baru. Begitulah betapa indahnya Allah ciptakan pelbagai benda atas muka bumi ini untuk kegunaan manusia sama ada ke arah kebaikan ataupun keburukan. Dengan begitulah juga Allah mencipta akal macam mana kita menggunakannya. Jika niat kerana Allah insyaAllah kita dapat ganjaran pahala amin~ ok sekian 


7 comments:

  1. wow! arnab di makan? aduihhhh..comel oh kucing sana Aziz ,wahhhh =D

    ReplyDelete
  2. sy nak pegi mesir laa .. hehe msti best kn .. InsyaAllah klw sy pnjang umur .. nty sy besar2x .. :D

    ReplyDelete
  3. terima kasih komen~
    kira kekuri = yup2x~ makan arnab sedap!, kucing2x sini gebu semua hhehe,comel~

    niesa_98 = insyaALLah , kalo berusaha, rezki terbuka luas, doa2x bnyk tuh

    ReplyDelete
  4. aziz, bwa la 1 kucing utk aku:)) -azam-

    ReplyDelete
  5. aziz, kamu bela kucing kah d cni(tanta yg aman damai ini)?
    sape nama die? laki ke pempuan?

    ReplyDelete
  6. slm,
    muhasasa @ muassasah (stesyen)?
    mim sot @ mim sod ra (mosr/masr) = merujuk pd cairo?

    'Egyptians today often refer to Cairo as Maṣr (Arabic: مصر‎), the Arabic pronunciation of the name for Egypt itself, emphasizing the city's continued role in Egyptian influence.' [wikipedia]

    hrp blh buat research @ tanya senior dr segi ejaan/sebutan sebenar sesuatu perkara (e.g tempat, mknn etc.)

    sori, xberniat utk kutuk, hanya nak membantu :)

    ReplyDelete
  7. wassalam ha betul2x~ kami base on cara orang arab sebut , so tuh x berpa kena tuh :D syukran ~!

    ReplyDelete