Bacalah dengan nama tuhan

welcome

Tuesday, May 31, 2011

Masa berdetik begitu pantas

ringgggggggggggg!!!! bunyi lonceng didengari. Bunyi jam menunjukkan masa yang telah kita set. Benda ini sudah sebati dalam diri terutama kepada para pelajar mahupun mahasiswa. Diri yang bergelar menjadi doktor pada suatu hari nanti insyaAllah. Belum tentu lagi bila sampainya kita menjadi gelaran doktor. Mendengar cerita daripada doktor yang berpengalaman cukup mencabar diri ini untuk masa hadapan yang bakal datang. Tidak cukup tidur, masa yang cukup sibuk, sibuk menguruskan para pesakit dan bermacam- macam lagi. Adegan - adegan seperti ini pasti dilalui di mana mahu menguji kesabaran, kecekapan dan dan seumpamanya.

Dan tersebut lah satu kisah, kisah kehidupn beberapa orang rakan..
  
  '' eh mis sekarang da jam berapa da nie?, bukan kejap lagi ada anatomy tak?'' soal mis kepada iza.
  '' ha betul, kelas kita da start pukul 8 pagi nie, ada 15 minit lagi kot, jom lah gerak'' jawab iza sambil bersiap     siap dan tengah mencari stokin. Sementara itu, mis pula buat perkara yang sama dan tengah memakai  
    kasut.
   Suasana mesir yang agak sejuk masih lagi meninggalkan kesan pada pandangan. Kabus - kabus yang tidak asing lagi bila tibanya musim sejuk di mesir ini. Kadang kala hanya beberapa meter sahaja nampak di hadapan. Mis dan iza bergegas menuju ke Tanta Universiti dengan pakaian yang cukup tebal kerana sejuk. Sejuk yang cukup membuat tulang terasa. 
   '' Iza, sejuklah pagi ni, da lah kabus tebal, berapa lapis da baju ni, sejuk gile '' luahan mis kepada iza.
   '' tau tak pe, awk kata gitu saya tak sejuk lah ye? haha, sejuk lah, nak kata pe lagi, Harap - harap tak kena Frost bite.'' jawabnya dengan tersenyum.
   '' Frost bite? pe ke yang awk nak bgtau ni iza, Cuba cerita sikit? Mis soal kembali
    Iza dan Mis menumpang Tremco ( Van ) memandangkan masa yang cukup singkat untuk hadir ke kuliah. Iza masih idak menjawab persoalan Mis memandang sibuk mahu menahan tremco untuk ke kuliah. Mereka dapat menaiki tremco tesebut dalam keadaan yang masih cukup sejuk. Kepulan asap tebal yang keluar dari mulut orang - orang arab cukup mengambarkan suasana mesir memang cukup sejuk. 
    iza memberitahu kepada pemandu arab '' kubri kafarsom? ''
    Pak Arab menjawab '' Aiwa, Yallah,''
    ''aiwa ya ustaz'' jawab iza da mis serentak.
Bayaran hanya dikenakan nus ( 50 sen), Seperti biasa sebelum hari - hari kuliah jika lambat pergi ke kuliah, situasi seperti ini akan selalu berlaku. Ada tiga jalan yang begitu mahasiswa  perubatan, yang pertama jalan kaki dengan memakan masa 10 - 15 minit, yang kedua tremco, dan ketiga mengambil Tuktuk (motor beroda 3) dengan harga 1.50 genih (le).   

    Apabila sampai di kubri kafarsom ( jembatan kafarsom). Iza dan Mis bergegas turun dan mengambil  jambatan  simen. Iza dan Mis menyambung cerita yang belum lagi mereka habiskan sambil menaiki tangga jambatan tersebut untuk menyeberangi jalan raya utama Tanta.

      '' Frost bite tuh, yang jari kaki or jari tangan yang tak ada supply darah. Darah tak boleh suppply sebab terdedah dengan cuaca yang cukup sejuk. So boleh kata cell darah dekat jari tuh da mati. Kalo x buat treatment cepat- cepat, potong lah jari tuh, Mesyi? terus terang iza kepada Mis.
      '' Lor, ye ke? bahaya gak tuh. Alhamdulillah kita tak kena kan, awk baca kat mana, pasal frost bite tuh.? soal mis kepada isa.
  
    Masa menunjukkan pukul 7.55 pagi, Mereka masih berlari anak - anak ayam untuk menghadiri ke kuliah. Landskap Universiti ( gamaah ) masih lagi seperti dulu, Suburnya kawasan tanaman yang dihiasi bunga raya dan bermacam- macam lagi jenis bunga yang lain. Ada tumbuhan yang tidak wujudnya di malaysia. Dan ada tumbuhan yang ada di malaysia tidak wujud di mesir. Maklumlah Oversea orang katakan.

Apabila mereka memasuki gamaah sambil menuju ke lecture Hall B. Mereka bercerita lagi.
   '' Saya baca kat buku pisiologilah, tak kan awak tak tahu kot, ke awk nak test saya ke mis?? kata  
      iza sambil tersenyum.
     Mis menjawab sambil tertawa '' ha ye, saje nak test awk, manalah tau kot-kot awk tak tahu hehe''
    ''hish awak ni pandai je lah, poyo haha''  jawab iza 
    '' haha da da. jom masuk ke kelas, nasib baik sempat''

Begitulah tadi cerita serba sedikit situasi yang cukup biasa berlaku. Sudah dijangka bukan sahaja di sini tetapi di malaysia mahupun di negara - negara yang lain. Alhamdulillah begitulah manis hubungan di antara sahabat - sahabat yang terjalin lamanya. Allah menciptakan fitrah manusia keseronokan antara insan manusia, binatang dan juga alam semesta. Perasaan kasih sayang yang cukup memberi kebahagian terhadap insan yang bergelar manusia.
Sekian sahaja dari saya, hanya melahirkan sekuntum kenangan dari hamba Allah ^_^













  
 



No comments:

Post a Comment