Bacalah dengan nama tuhan

welcome

Sunday, August 7, 2011

Bicara Mesir 3

 Assalamualaikum kepada semua pembaca. Harap semua sehat walafiat di samping keluarga yang tersayang (saya x balik :( ) serta kawan - kawan yang lain. Maklumlah orang nun juah dari Malaysia ini ada masa berkorban duduk lama di dunia orang. Siapa kata setiap perjuangan tidak ada usaha, halangan, berkorban masa, wang saku dan seumpamanya. Teringat pula kisah zaman Rasulullah s.a.w (jawab penuh ye) dan para sahabat memperjuangkan daulah islamiyah sehingga suatu ketika islam dapat menguasai 2/3 dunia (kerajaan utmaniyah). Begitu banyak strategi dan teknik sehingga dapat menguasai dunia seperti itu. Alhamdulillah revision sedikit untuk diri sendiri dan kawan - kawan ^_^ .

Bicara sedikit tentang Mesir fasa 3. ^_^. Maklumlah semenjak ini ada duduki peperiksaan. Alhmdulillah baru sahaja dapat keputusan tadi petang. Diri ini akan digelar pula MTT iaitu Mahasiswa Tahun Tiga. Dengar nasihat daripada senior dan kawan - kawan, tahun 3 memang cukup mencabar dan insyaAllah akan buat yang terbaik. Setiap langkah kita harungi ingin mencapai matlamat dan cita - cita bukan perkara yang mudah dan teringat satu firman Allah yang bermaksud

'' Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib itu sendiri'

Kekuatan diri itu lahir dari kekuatan iman dan hati. Bukan hanya fizikal semata - mata. Jika direnung kembali firman Allah itu tadi selagi manusia masih tidak usaha bagaimana Allah tentukan? Berikan? Jom sama - sama muhasabah diri. ^_^. Manusia hanya insan yang lemah, jika menangis letaklah dibahu kawanmu. Jika dia terima kesedihan dan kedukaan itu lah sahabat..
Minta maaf kalau pengenalan cukup panjang huhu. Ok sahabat - sahabiah yang dihormati, suka saya nyatakan di sini, saya ingin menceritakan aktiviti ataupun peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ramadan. Hidup di perantuan terutama di bulan ramadan adalah lebih menarik sekali berbanding bulan ramadan di malaysia. Kawasan yang dipenuhi pak arab memang nampak begitu sebati terutama dengan tingkah laku.

Berbuka puasa
 Gambar atas ini antara gambar yang menarik huhu sebab kenapa?? sebab makan lah  ^_^. Bukan perkara yang pelik saya nyatakan di sini. Teringat Rasulullah bersabda tentang kegembiraan orang - orang muslim pada bulan ramadan.  
 1. Berjumpa kepada Tuhan ( Allah ) - Allah menjemput (ajal) kita pada bulan ramadan
2. Ketika muslim berbuka puasa
  Tidaklah menjadi satu kesalahan jika gembira faktor pertama dan ke dua huhu kerana itu lah junjungan Nabi kita beritahu Alhamdulillah. Kami berbuka puasa seperti gambar di atas. Tikar dibentangkan atas tanah dan disediakan makanan. Apabila azan berkumandang, makan lah kurma hehe. selepas itu solat magrib. Selepas solat kita makan! ^_^. Hidangan ini hanya kepada wafidin seperti orang malaysia, indonesia, afrika dan selain dari arab ( luar egypt) 

 Hidangan bukan sebarang hidangan kui2x ^_^.
- Ayam rebus/bakar 1/4, atau 
-ikan goreng/rebus seorang, atau 
-daging. wow~ ^_^ siapa baca ini jangan kepunan pula hehe. 
-Nasi biasa ( beras arab ),
-salatah ( tomato dan timun mentah ) - ini sedap! 
 - khudor ( ubi kentang berkuah ), pun sedap! hehe 
Boleh tgk sendiri.... ^_^ 

 Itu cerita serba sedikit tentang berbuka puasa ye. Bila tika bulan ramadan ini, semua orang tahu pahala dilipat gandakan. Tertutupnya pintu neraka. Dibuka seluasnya pintu syurga. Doa - doa yang dimakbulkan di bulan ramadan. Begitulah uniknya bulan ramadan ini dan boleh menjadi satu paltfom untuk mentarbiyahkan diri kita, menguji diri kita yang asyik leka dan lalai pada masa yang lalu. insyaAllah nasihat untuk diri sendiri dan orang lain. 

 Aktiviti lain juga, persatuan di sini yang terlibat iaitu PERUBATAN Cawangan Tanta atau PCT juga menganjurkan aktivti yang memberi syafaat di akhirat ataupun kelas tafaqquh. Kelas ini memberi pelbagai jenis ilmu dari segi rohani, tadarus alquran, tazkirah setiap pagi, smart circle ( usrah kalau di malaysia). Aktiviti ini di bawa Unit Pembanggunan Insan. Ada juga Unit - unit lain seperti Unit Sukan, Unit ekonomi, Unit Kebajikan dan Unit akademik. Setiap Unit ada tugasnya sendiri. Semoga kerja amanah ini dibuat dengan jayanya amin ^_^. 

Masjid badawi Tanta 

 Mesti ada yag tertanya - tanya, di sini solat terawih buat 21 juga ke?? ke 8 sahaja?. Di sini ada 4 mazhab yang arab anuti sebagaimana kita ketahui semenjak sekolah lagi. Kami pelajar perubatan dan juga pergigian serta pelajar pengajian islam, majoriti masjid - masjid di kawasan tempat tinggal kami buat 8 solat terawih. Ada juga 21 tapi itu tempat lain. Selalunya selesai 4 rakaat terawih, ada sesi tazkirah (dalam bahasa arab dan ikut imam). Selesai tazkirah bangun 4 rakaat lagi dan sambung solat witir 3 rakaat 2 salam. Tetapi tiada moreh di sini huhu macam di malaysia buat. Selalu masjid - masjid sini penuh dan terpaksa membentangkan tikar di luar masjid. Memang cukup bersemangat pak arab ini menunaikan ibadah. Semoga kita ambil apa yang baik dari mereka ^_^. 

 Akan datang pula PCT iaitu persatuan kami di sini sejak tahun 2000 lepas juga akan mengadakan pelbagai program seperti menderma fakir miskin arab, pertandingan ping pong  dan chess (^_^), kelas khat (ini da lepas da- susah gak) dan menerbitkan majalah NUWAIR Tanta. Tapi sayangnya tidak ada gambar yang boleh dikaitkan dengan apa yang telah saya nyatakan. Kalau rakan - rakan  boleh ingatkan boleh komen dan post! Jika ada sebarang persoalan.. 

 Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat saya nyatakan sebabnya nampak terlalu tebal karanagan huhu. Teringat pula cikgu  Zainab di SMATS waktu sekolah menengah dulu sebagai Guru BM. huhu. Kalau cikgu tahu ...ops~ hehe faham - fahamlah. ^____^ 

 Dengan ini sekiranya ada sebarang persoalan boleh komen di post bawa ini. Jangan malu - malu pula. Kura - kura dalam perahu dalam hati siapa tahu hehe.Until Next time insyaAllah biiznillah kita beritahu aktiviti yang menarik .Dengan ini saya akhiri sepotong ayat Hamkah 

''Kebaikan yang tidak teratur dapat dikalahkan oleh kejahatan yang teratur'' 

Sekian.. (^____^)~~V peace!

2 comments:

  1. slm,
    muhadisin? bkn wafidin ke?

    ReplyDelete
  2. wassalam~ ha betul2x~ x tahu dgr dari mana syukran ^_^

    ReplyDelete