Bacalah dengan nama tuhan

welcome

Saturday, August 27, 2011

Bicara Mesir 4


Pejam - celik alhamdulillah kita sudah masuk ramadan yang ke 10 akhir. Dengan lebih jelas adalah 10 malam terakhir lailatulqadar. Umat islam berlumba - lumba mencari kebaikan malam ini kerana segala bentuk amalan yang diredai Allah akan dilipatgandakan. Jika kita orang yang terpilih alhamdulillh..

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Harap semua sihat hendaknye pun~ ^_^. Maklumlah sekarang ini semua orang sibuk nak meraikan bulan syawal yang bakal akan tiba. Sehinnga Allah berpesan kepada umat islam seluruhnya supaya orang islam perlu menyambut 1 syawal dengan kegembiraan dan menjamu makanan setelah meninggalkan bulan ramadan. 

Kawan - kawan yang dihormati sekali juga kepada adik - adik baru yang akan tiba sama ada dari agent mahpun kementerian, Jangan lupa niat sebenar sebelum berangkat dari Malaysia. Nasihat seorang doktor di mana pernah melawat Tanta Mesir ini. '' Tetapkanlah Niat kamu agar kamu boleh dapatkan matlamat apa yang kamu kecapi'' jawabnya ' Doktor pakar aneasthetic. Mereka menerapkan bagaimana kita mencapai cita - cita kita bermulanya dari niat. Bila sudah niat kita suarakan. Lepas suarakan baru kita amalkan sebagaimana islam mengajar beribadat kepada Allah. ^__^ 

Bicara Mesir 4 ini tidak dikhususkan kepada pelajar baru sahaja tetapi kepada semua. Walaupun pada mulanya penulis ingin mengenalkan Mesir ini kepada pelajar - pelajar baru. Hampir setiap minggu asyik bertanya pasal Mesir. So dengan kemuskilan adik - adik, penulis ambil alternatif dengan membentuk blog ini. Minta maaf ye kalau x cantik blog ini. ^__^. douzo yoroshiku onegaishimasu.. haik!

Perkara lazim pelajar mesir makan satu talam (sunnah) 

Perkara yang menarik yang telah saya nyatakan Bicara Mesir 3, pasal makan, buka puasa, aktiviti khat dan sebagainya. Bila masuk 10 terakhir bulan ramadan, pelajar mesir sini khusunya di Tanta akan nampak perbezaan yang ketara. Sebagai contoh hampir setiap masjid (maarad Tanta - kawasan pelajar malaysia), akan terus solat malam sehingga subuh. Ada juga masjid yang lain bermulanya qiam dan solat tahajjud lebih kurang pada pukul 1 pagi. Bila hati ini di tarbiyah perkara - perkara seperi ini, maka orang - orang macam ini Allah lebih suka kerana Iman dan islam menjadi kuat pada hati - hati ini. Kita buat hingga yang kita mampu ye ^_^ jangan banyak pastuh letih. Istiqamah susah dilakukan, Biar sikit - sikit insyaAllah boleh

Menulis artikel pada malam ke 28 ramadan ini cukup memberi gambaran bawasanya ramadan semakin jauh meninggalkan kita. Special event yang berlaku pada malam 27 ini di mana Syeikh Imam Jibrail datang ke Masjid Amru. Imam in mengetuai imam terawih. Imam ini adalah antara imam yang mashur di dalam kalangan orang Arab Mesir, Tapak perhimpunan di luar masjid ini susah dipenuhi hampir berjuta penduduk semata - mata solat bersama imam tersebut. Cukup beruntung Mereka yang solat bersama imam Jibrail. 

Kamu datang dengan senyuman, kami balas dengan senyum lebar. ^_^

Di akhir ramadan, tibalah exco - exco dan pelajar menguruskan aktivti yang bakal menjelma untuk bulan syawal. Perubatan dan juga DPMT (Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta), insyaAllah akan menganjurkan aktivti sempena bulan syawal ini. Maklumlah seperti penulis sendiri tidak balik malaysia dan beraya di parantaun. Lebih senang difahami adalah SALAM PERANTAUN, perkara yang lazim bagi orang malaysia dengar terutama kawan - kawan yang belajar di luar negara. 

Bukan itu sahaja, pada bulan syawal ini juga Allah telah memberi peluang kepada kami selaku senior  di Tanta untuk menjemput adik - adik datang ke sini insyaAllah. Dengan itu susah pasti ada event yang special untuk adik - adik yang bakal datang ke mesir untuk menuntu ilmu Allah. Program ini adalah untuk adik - adik dan juga menceritakan apakah tindakan pelajar yang baru sebaik datang ke mesir ^_^. insyaAllah kami senior - senior akan buat yang terbaik untuk adik - adik, Jumpa di sana! ^__^ Ahlan wasahlan! 

''Awak tahu tak nanti ade pelajar baru nak datang ke sini'' kata Akak  Siti (x pe kan ^_^ saje2x nak guna :D) kepada 2 orang rakannya yang sibuk bersiap membeli barang - barang untuk Hari raya nanti.

''owh ye ke? alhamdulillah bertambah ramailah kite ni nanti ye'' jawab Yati dengan gembiranya sambil bersiap memakai kasut di luar pintu rumah.

''Alhamdulillah, seperti mendapat cahaya mata pula ye, hoho'' gurau Nemah sibuk mengemaskan beg tepinya. 

Tertawa mereka memecahkan sunyi koridor rumah tingkat 2 yang telah didiami hampir 4 , 5 tahun. Siti, Nemah dan Yati berjalan menuruni tangga yang agak berhabuk nampaknya. Mereka yang kian riang dan seronok mendengar kedatangan adik - adik baru yang akan datang minggu ke 2 di bulan syawal. 

''Siti, kalau diikutkan hati, Nemah nak sambut mereka ni dengan senyum panjang lebar. nak kenal cukup - cukup'' kata Nemah kepada siti yang sedang berjalan melalui jalan raya bersama Yati. 

Yati terus menjawab '' x boleh, biar Yati orang pertama yang datang menyambut juga hoho!''. Sambil sibuk berkeriangan berjalan, meraka tiba di ruang perhentian.  tremco(van)

 ''Siti pun nak juga, tapi mestilah Siti dulu sebabnya Siti kan Ajk untuk program adik - adik ni hehe. tewas di tangan ku! Nemah dan Yat hanya tercengang di kawasan perhentian kerana Siti dapat berpeluang untuk jumpa adik - adik untuk program nanti..

Alhamdulillah, Cerita di atas ini hanyalah gambaran semata - mata dan kalau diikutkan keseronokan yang tergambar pada perasaan senior - senoir adalah jauh lebih gembira. So kepada adik - adik  jangan khuatir kerana kami di sini insyaAllah akan membantu dengan sebaik - yang mungkin. amin

Setakat ini sahaja yang perlu pemulis sampaikan apa yang perlu di sampaikan, Sekuntum Kenangan itu lah nama yang diberikan. Sekiranya ada soalan yang perlu di utarakan boleh post komen di bawa ini. Dengan ini diakhiri dengan sedikit nasihat pada diri dan juga semua.

''Berilah tanda kesyukran kepada Allah kerana nikmat yang diberikan adalah cukup banyak dan tidak terhitung nilainya, Katalah alhamdulillah, Sujudlah kepadaNya walau hanya sekadar masa yang pendek, Tidak kah kita sebagai Hamba di ciptakan untuk sembah kepadaNya''


2 comments:

  1. Assalamulaikum anak ku,
    moga blog ini akan dapat memberi kesedaran pada adik adik dan keluarga Dassin serta muslimin....mama suka gambar gambar tinggalan para syuada' alhamdulillah wslm

    ReplyDelete