Bacalah dengan nama tuhan

welcome

Wednesday, June 8, 2011

Bicara tentang mesir

Assalamualaikum kepada semua. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang mendapat nikmat yang begitu berharga iaitu nikmat islam dan iman. Nikmat yang membawa diri kepada jalan Allah redai insyaAllah.

Bicara tentang mesir tajuk yang mahu diutarakan kerana banyak adik- adik diluar sana asyik bertanya pasal mesir.

The most common question is
'Abang, best x mesir?? boleh cerita sikit??''
 Okey, adik - adik yang disayangi, kalau saya ceritakan satu persatu tidak terhingga sebab terlalu banyak perkara - perkara yang tidak dijangkakan
 ada.

Lebih kurang 3 tahun saya hidup di mesir ini alhamdulillah. Jadi selepas ini saya hanya bagi apa benda yang menarik yang boleh menambat hati adik - adik  ataupun saya boleh ceritakan apa benda pertama 

sekali yang saya dengar daripada senior - senior Tanta ( location tempat tinggal di mesir). Adik - adik mahu tahu sangatkan, insyaAllah baca selepas ini ya. Supaya tidak bosan, saya letak gambar yang menarik ^_^



Okey gambar sebelah kiri ini, first time ever!! ( saya tidak mahu guna skema sangat takut bosan pula ). Gambar kenangan ini pasa musim sejuk. What?? Mesir ada winter?? Yup, situasi ini memang sangat - sangat sejuk. Asap keluar dari mulut kalau bercakap. So kami kurang bercakap just play with it ^_^ hehe.


Kami disambut oleh beberapa orang ustaz dan ustazah  dari mesir iaitu dari ustaz kedah (terima kasih). Memang rasa seronok sebab kedatangan kami disambut dengan gembira. Suasana dengan banyaknya orang di  kawasan terminal kapal terbang. saya terfikir..

'' Owh ini kah mesir, tak sangka sejuk mcm ni''. Bila kata mesir, mesir terfikir orang arab. Fakta itu memang betul kerana memang jelas banyak orang muka - muka arab kening tebal, badan besar, orangnya tinggi  dan paling penting loghat arab keluar. Cis, sebiji pun tidak faham, So saya tanya kepada ustaz;


 '' Ustaz, orang arab ini cakap arab betul ke, sebab lain je bunyi''
 '' Ya, orang arab mesir ini bukan cakap bahasa arab yang ada di malaysia, ini bahasa arab pasar ataupun arab ammi'' jawab ustaz lalu tersenyum ^_^ ( mcm ni kot ).

'' Jadi ustaz, betul ke tempat ini dipanggil bumi ambiak?? '' soal saya kepada ustaz tadi.
'' ha awk betul, bumi ambik ataupun bumi para nabi sebab sejarah yang penuh dengan nabi - nabi terdahulu. 
   Sebagai contoh yang pali terkenal iaitu cerita Nabi Musa dengan Raja Firaun'' jawab ustaz dengan ringkas.

'' owh begitu, ok ustaz terima ka... errr syukran ustaz'' ucap aziz
'' afwan '' ustaz tersenyum.. 

 Ha adik- adik yang disayangi, ini antara peristiwa yang pertama sekali berlaku kalau sampai dulu di mesir ni. Ini salah satu contoh walaupun saya tidak tahu banyakkan tapi saya boleh buat yang terbaik. Bahasa Arab ammi boleh belajar disini (paling baik dekat sini sebabnya setiap hari boleh berlatih dengan arab ) dan juga boleh belajar di malaysia pun boleh juga.

Kalau mahu belajar arab fusha ( bahasa arab di sekolah )  pun boleh juga. So adik- adik yang tidak tahu pun basic arab ataupun tidak mahir adik - adik tidak perlu risau sebabnya ada senior - senior di sini boleh membantu insyaAllah.

                                           Gambar ini makam imam mazhab kita!! imam syafie!
Cerita lain mengenai masjid (Bukan bina masjid ye ^_^). Masjid ataupun surau memang berlambak di mesir. Boleh kata setiap bangunan bertingkat di ground floor ada masjid ataupun surau. Jika azan berkumandang konfom dengar dengan jelas. Tetapi ada segelintir masjid ada MAKAM.  

What!?? Makam?? Kubur ke ape?? Haa kalau nak tahu, makam - makam ini antara makam orang - orang alim ulama. Sebagai contoh cicit Rasulullah saw. (jawab panjang tau ) iaitu Makam Saidina Hussin. Ramai ustaz dan ustazah beritahu selalunya tempat - tempat macam ini salah satu TEMPAT mustajab berdoa. 

InsyaAllah Allah akan makbulkan tapi kalau tidak ada usaha tidak berguna pula kan kan? Doa adalah senjata orang - orang mukmin ( waktu sekolah menengah lagi kot). Itu salah satu perkara menarik. OKEY, seterusnya..  

Ini makam saidina hussin, antara cucu cicit Rasulullah 

Soalan yang pelajar - pelajar yang selalu ditujukan adalah '' Abang, macam mana mahu apply pergi mesir?'' Okeyy, Kalo pasal ini banyak sekali caranya, Gimana sih??Kalau nak jadi doktor. First, You Have to get B3 above. Kalau below that will give the problem if you apply NOC..

What!? NOC?? ataupun suka saya katakan adalah SSLN (sijil surat sokongan luar negara).. ok actually, banyak caranya, so saya akan bagi link untuk adik - adik di luar sana yaa Klik sini macam mana mau jadi doktor mesir!!

 Ok link ini bagi secara detail macam mana nak apply pergi mesir. Kalo pelajar - pelajar sabah, mohon melalui zakat sabah, Badan kebajikan anak negeri dan yayasan sabah. Salah satu ok ^_^Gud luck!  
Jadi Model sikit 

ok, sini apa yang saya katakan mengenai strawberi di mesir. haa?? pelikkan tapi itu lah buktinya kalau ada gambar di atas. Ini antara gambar yang boleh dapat di antara buah di mesir ini. Ada yang tidak ada di malaysia ada di mesir dan ada yang di mesir tapi tidak ada di malaysia. ehh??

Apapun, buah - buahan di sini memang saiz agaklah besar. Sebagai contoh, oren. Nahh besar sangat lebih kurang 2.5 kali besar yang ada di malaysia. Sayur kobis pun saiz macam buah kelapa. Bawang di malaysia 3 kali atau 4 kali saiz di mesir dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja kalau di Tanta antara perbelanjaan yang paling murah dan juga tempat dipanggil zagzig. Tempat lain seperti Iskandariah dan cairo tidak kurang hebatnya hehe. Sungguh menguntungkan dan berkhasiat untuk badan. Sebab itu orang yang datang dari mesir kebanyakan jadi putih - putih berseri dan berat badan naik haha ( sayalah bagi contoh, GAINWEIGHT!!). 

Kalo tgk gambar ni mcm lapar pula 

'' Abang, di mesir abang makan roti je ke???'' soal junior kat saya. Hello hehe, apa yang perlu dikatakan, makanan di mesir memang cukup banyak dan sedap. Tapi kalo dibandingkan dengan malaysia, malaysia menanglah konfom.  

'' Boleh percaya ke bang?? '' soal adik lagi. Saya mahu bagi bukti pun tidak pasti bagi apa. Sebanyak gambar yang ditangkap pun saya tidak jumpa. Mahu bukti sangat tengoklah diri saya ini. berat badan sudah naik. So, boleh percaya ke tak?? ^__^ Percayalah hehe. 

Ramai adik - adik suka tanya macam itu. Beras ada cumanya lain sikit sebab nasi di mesir ini lebih kurang macam pulut.. Ha pulut??? Ha iyaa pulut lah. Cepat kenyang alhamdulillah. Tu yang cepat tembam tuh ^___^. Tambahan lain, ada juga roti yang cukup banyak. 

Kelebihan roti ini boleh tukar untuk nasi itu kalo adik - adik mahu lah. So kalo mahu pilih roti datang lah mari. Kalau mahu buat sendiri pun boleh macam YAKITATE JAPAN!!. Best - best.Tapi itu bukan main point mahu beritahu. 

Budak kecil arab 

Bila bicara tentang adik - adik kecil arab ini, mereka cukup peramah, Mereka suka tanya '' what is your name??. Dia akan terus soal sampai dia bosan. So abang - abang  dan kakak - kakak di sini sudah sebati dengan acuan yang mereka buat hehe. 

Perkara ini akan berlaku insyaAllah kalau adik - adik pergi mesir. Bila hidup di mesir, kadang - kadang hati kita akan jadi lebih sensitif. sebab kenapa? saya pun tidak tahu tetapi ini adalah pengalaman abang - abang dan kakak - kakak di sini. 

Kelas agama setiap minggu 


Apa yang paling penting adalah kelas agama. Kelas agama ini diadakan oleh persatuan PERUBATAN. Dengan menjemput ustaz atau pun ustazah datang ke Tanta dari Cairo, Mansurah ataupun iskandariah. Ilmu agama di sini amatlah penting dan ini adalah KELEBIHAN yang paling baik.

Kenapa? kerana disamping belajar ilmu sains dalam perubatan, pergigian dan farmasi, kita boleh belajar ilmu agama di sini. Belajar ilmu fardhu ain dan tasawuf atau ilmu hati. Alhamdulillah pendedahan ilmu agama sini amatlah banyak sebab tenaga pelajar yang memberi tazkirah dan ilmu agama datangnya ilmu dari ulama - ulama yang terkemuka.

So kepada adik - adik jika datang sini ambillah peluang cukup mas! ini. insyaAllah diberkati oleh Allah swt. say amin! AMIN....  

Setakat itu sahaja yang boleh diutarakan kepada adik - adik yang ingin pergi ke mesir ataupun hanya sekadar ilmu pengetahuan sahaja. Sekirannya dapat ke mesir, seseungguhnya Allah telah memilih kamu untuk menuntu ilmu ke bumi ambiak ini. 

Bila kita menuntu ilmu, kita menuntu atas jihad di jalan Allah. Dan orang yang menuntu ilmu ke jalan Allah, Allah akan bukakan jalan seluas - luasnya jalan ke syurga nanti insyaAllah. So jika ada sebarang persoalan boleh lah postkan komen anda di blog ini. 

3 comments:

  1. Seronoknya mendengar kisah aziz kat sna. Alhamdulillah.. shbt sya hidup baik dinegara orang. ^_^
    semoga perjuangan disana berakhir dgn baik.insyaAllah.amin..

    ReplyDelete
  2. slm aziz,
    nabi = 1 nabi
    anbia' = nabi-nabi (jamak)
    bkn ambiak ye aziz

    ~there's always room for improvement right?

    ReplyDelete
  3. anonymous

    thanks for the comment, yup~ kita tak tgk ejaan, sebuatn lebh kurang :D lol~ syukran :D

    ReplyDelete